Kelas Microsoft Excel Minggu Pertama

3 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu – 2 September 2019 hasil kerja sama antara PI Lubok Antu dan PI Engkilili telah diadakan Kelas Microsoft Office iaitu Microsoft Excel. Kelas ini telah dihadiri seramai 6 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekitar kawasan Engkilili. Kelas ini diadakan pada jam 1.30 petang hingga 4.30 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Engkilili.

Tujuan kelas ini diadakan adalah bagi memperkasakan pengetahuan serta menguasai penggunaan microsoft excel dengan lebih mendalam. Dalam kelas ini juga turut diajar bagaimana cara memasukkan data ke dalam excel serta menghasilkan carta pai menggunakan excel.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Pengenalan kepada Ms Excel
2. Latihan menggunakan Ms Excel – Carta Pai, memasukkan data dan sebagainya.
3. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali